Doa paling mustajab ketika sujud


Melafazkan cukup dalam hati elak batal solat, pastikan tidak terlalu lama jika berjemaah

APAKAH benar salah satu waktu doa yang paling mustajab adalah ketika sujud terakhir ketika solat? Adakah solat yang dinyatakan itu solat sunat atau solat fardu? Jika benar adakan boleh saya berdoa dalam bahasa Melayu dan jika masa untuk saya berdoa agak panjang tidakkah ia menjejaskan sah solat saya.

AM, Selangor.
BAGI soalan pertama, Allah SWT berfirman dalam ayat 19 surah al-‘Alaq: Was jud waq tarib (dan sujudlah dan hampirlah dirimu kepada Allah SWT). Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Yang paling hampir di antara seorang hamba dengan Tuhannya iaitu ketika ia sujud, maka banyakkan doa.” (Muslim no.482).

Sekiranya saudara ingin berdoa ketika sujud, cukuplah dalam hati. Apabila saudara melafazkan dalam bahasa selain bahasa Arab, maka ia membawa kepada batalnya solat. Kedua, sekiranya saudara dalam solat berjemaah, pastikan saudara tidak terlalu lama sehingga terputusnya dengan imam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawasanya dijadikannya imam itu tidak lain semata-mata untuk diikuti. Jika imam takbir, maka takbirlah kamu, dan janganlah kalian mendahului takbir sehingga imam itu takbir. Jika imam rukuk, barulah kamu rukuk dan janganlah kalian mendahului rukuknya imam, sehingga imam itu rukuk. Dan jika imam mengucapkan ‘Sami’allahuliman hamidah,’ maka bacalah kamu ‘Allaahumma rabbanaa lakal hamdu,’ dan jika imam sujud barulah kamu sujud dan janganlah kamu sujud mendahului imam sehingga imam itu sujud. Dan jika imam itu solat berdiri, maka kalian pun harus solat berdiri. Jika imam solat duduk maka kamu hendaklah solat duduk semuanya.” (Riwayat Abu Daud no.603). Wallahualam

About these ads

3 responses to this post.

  1. Posted by Asibah on 19 Mac 2010 at 7:49 pm

    Assalamualaikum…apa hukum sembahyang saya jika imam sudah memberi salam sedangkan saya masih bersujud berdoa?

    Balas

  2. Posted by mohd on 3 Ogos 2012 at 12:09 am

    ada ustaz bgtau..sunat – iman tahiyat makmun tahiyat, makruh – iman tahiyat makmun masih sujud ( agak lama ), haram – jika iman smpai ke (Allah hu masaili ala Muhammad ) makmun masih sujud.batal solat. blh buka youtube utk sm2 dpt kepastian.

    Balas

  3. Posted by amy on 27 September 2012 at 9:33 pm

    assalamualaikum. betul ke x blh sujud terlalu lama pd rakaat terakhir solat fardhu (sujud terakhir)? saya dpt thu drp seorang kawan, yg ulama kata kalau ada hadis yang cakap boleh sujud lama, mksdnya tu hadis palsu.. betul ke?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 458 other followers

%d bloggers like this: