Bahagi harta ikut faraid dituntut agama


Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

SAYA berusia 24 tahun dan mempunyai masalah berhubung pembahagian harta pusaka arwah nenek. Ini disebabkan arwah bapa sudah kembali ke rahmatullah terlebih dulu berbanding arwah nenek yang baru saja kembali ke rahmatullah. Persoalannya ialah:

1. Adakah saya sebagai cucu lelaki daripada anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka mengikut hukum faraid jika bapa saya terlebih dulu meninggal dunia berbanding nenek yang baru saja meninggal dunia?

2. Apakah hukum jika pembahagian harta pusaka tidak mengikut hukum yang digariskan oleh Islam iaitu hukum faraid?

Kabaa,
Rantau Panjang, Kelantan.

ALLAH SWT menyebut dalam surah an-Nisa’ ayat 7 iaitu, “Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat, sama ada sedikit ataupun banyak daripada harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah difardukan (diwajibkan dan ditentukan oleh Allah).”

Apabila seseorang meninggal dunia, harta yang ditinggalkannya menjadi hak semua anak dan kaum kerabat mengikut pembahagian ditentukan oleh Allah SWT. Apabila kita tidak menjalankan pembahagian faraid sudah pasti kita sudah memakan hak orang lain tanpa kita sedari dan kita terdedah dengan ancaman neraka oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi jika si mati meninggalkan anak, sudah pasti kita tergolong dalam golongan memakan hak anak yatim seperti firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 10, “Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanya menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala.”

Bagi penjaga anak yatim, perlulah melihat pada ayat sebelumnya iaitu ayat 9, “Dan hendaklah takut (kepada azab Allah SWT daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak da’if (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan berasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka. Oleh itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah SWT dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

Soalan saudara kurang jelas mengenai siapakah yang ditinggalkan oleh si mati tetapi dalam ilmu faraid, Allah SWT sudah menentukan bahagian seorang anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan seperti dijelaskan dalam ayat 11 surah an-Nisa': “Allah SWT perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan…”

Apakah hikmahnya, saya syorkan saudara membeli Majalah Solusi isu 14, yang diterangkan panjang lebar mengenai hikmahnya.

Antaranya, “Seseorang perempuan dari segi perbelanjaan dan keperluan nafkah sudah terjamin, kerana nafkahnya wajib sama ada suami, anak lelakinya, bapanya, saudara lelakinya, datuknya atau kaum kerabatnya yang lain. Kedua, seseorang perempuan tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun, sebaliknya lelaki diwajibkan memberi nafkah kepada ahli keluarga dan kaum kerabat.

Hukum mereka yang tidak menjalankan hukum faraid, dikhuatiri ia sudah mengambil hak orang lain dan terdedah dengan ancaman Allah SWT seperti diterangkan dalam firman-Nya dalam surah an-Nisa’ ayat 10, “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanya menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala.”

Untuk menggunakan kaedah pembahagian harta mengikut selain faraid, boleh dilakukan jika semua ahli yang berhak memperolehnya, bersepakat dan bersetuju melepaskan hak masing-masing untuk dibahagikan sama rata atau seumpamanya.

About these ads

2 responses to this post.

  1. Posted by arian on 24 Jun 2010 at 12:44 am

    lain yg ditanya, lain pula yg di jawab

    Balas

  2. Posted by Muzani Bin Mohamad on 4 Jun 2011 at 8:55 pm

    As’kum,

    Apa hukumnya bagi saya anak lelaki tunggal arwah dan ibu tiri saya tidak mahu menjalankan faraid hanya berpandu pada pesan arwah dengan saksi yang saya ragu keihlasannya di dalam Islam?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,494 other followers

%d bloggers like this: