Akidah tunjang keimanan, kepercayaan



PELAJAR melihat sejadah berdiri di Masjid Sekolah Menengah Agama Mahad Ar-Rahmah.

Setiap Muslim mesti belajar fardu ain elak terpengaruh ajaran sesat

AKIDAH Islam adalah satu cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap Muslim kerana ia berkait rapat mengenai keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah ilmu akidah adalah ilmu fardu ain yang wajib dipelajari setiap Muslim, agar terpelihara daripada kepercayaan salah dan ajaran sesat yang semakin membarah dalam masyarakat.

Tanpanya, umat Islam sudah pasti terjebak dalam kancah kesesatan dan kebatilan. Biarpun konsep akidah Islam amat mudah untuk difahami dan dihayati dalam konteks kehidupan Muslim seharian, masih ramai terpengaruh dengan kepercayaan khurafat kerana diwarisi turun temurun. Khurafat adalah amalan bertentangan dengan konsep akidah Islam, sekali gus ia menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, satu dosa tidak diampuni Allah.

Firman Allah, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia melakukan dosa besar. (Surah al-Nisa': 48)

Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita karut manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat itu ialah semua cerita, sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan menyimpang daripada ajaran Islam.

Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat yang wajib diambil perhatian setiap Muslim ialah:

  • Tidak bersumberkan nas syarak sama ada dari al-Quran mahu pun hadis;
  • Cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut;
  • Berdasarkan kepercayaan lama dan adat bercanggah dengan Islam;
  • Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam;
  • Menggunakan objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu; dan
  • Wujud unsur negatif kepada akidah dan syariat Islam.Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, ia memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam kehidupan seharian umat Islam.

    Sebagai contoh, kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur wali keramat dan sebagainya.

    Terkini pula, sejadah berdiri dengan sendirinya. Rupa bentuk sejadah itu digambarkan seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud. Beberapa lagi insiden sama berlaku dalam skala besar di beberapa surau di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

    Itulah antara kepercayaan dan amalan khurafat masih wujud dan berakar umbi dalam masyarakat Islam. Justeru, Islam sebagai ad-Din amat menitikberatkan aspek akidah dan syariah, menjelaskan segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan kepada sumber sahih dari al-Quran, hadis, ijma ulama dan qias dilarang sama sekali oleh Islam.

    Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda bermaksud, “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan itu oleh Allah dan tidak diberikan pahala). (Hadis Bukhari dan Muslim).

    Di samping itu, amalan memuja jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti lazim dilakukan kebanyakan bomoh dan dukun adalah perbuatan syirik dan sesat. Begitu juga dengan orang yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenung termasuk dalam kalangan orang yang menzalimi dirinya sebagaimana mafhum firman Allah maksudnya, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” . (Surah Yunus: 106)

    Setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah Islam untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan itu. Ilmu akidah Islam sajalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan memimpinnya ke arah keredaan llahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat

  • About these ads

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 2,825 other followers

    %d bloggers like this: