Hijrah Ke Habsyah


 

Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rejab

Hijrah Ke Habsyah:

 

 

Apabila penyeksaan yang dilakukan oleh orang-orang musyrikin terhadap sahabat-sahabat Nabi s.a.w semakin melampau, Nabi s.a.w memikirkan jalan keluar bagi mereka untuk mengurangkan bebanan yang mereka tanggung hasil dari penyeksaan tersebut. Lalu baginda memerintahkan mereka supaya berhijrah dari Mekah ke bumi Habsyah (Ethiopia sekarang ini) kerana di sana terdapat seorang Raja yang adil di mana beliau tidak menzalimi orang-orang yang tinggal di dalam kawasan pemerintahan beliau. Lantas umat Islam keluar berhijrah ke bumi Habsyah dan mereka lari untuk menyelamatkan agama mereka kerana Allah. Hijrah mereka ini merupakan hijrah yang pertama di dalam Islam. Bilangan mereka adalah seramai sepuluh orang lelaki dan empat orang perempuan di antara mereka ialah: Othman bin Affan dan isterinya Ruqiah puteri Rasulullah s.a.w.

Selepas itu sejumlah umat Islam yang lain pula keluar berhijrah ke Habsyah. Bilangan mereka pada kali ini adalah lebih ramai dari sebelumnya iaitu menjangkau lebih kurang lapan puluh orang lelaki dan perempuan. Mereka tinggal di Habsyah dalam tempoh yang sangat lama apabila mereka dapati, mereka dapat tinggal aman di sana serta mendapat perlindungan daripada Rajanya An-Najasyi yang menyambut kedatangan mereka dengan baik.

 Diambil daripada http://www.al-islam.com

About these ads

4 responses to this post.

  1. Posted by bobo on 11 Julai 2010 at 4:15 pm

    saya suka

    Balas

  2. Posted by Fifa on 4 Ogos 2011 at 11:41 am

    ouh camtu sejarah nye ..

    Balas

  3. masya allah ,habasyah negeri yang terbaik karena di sebut oleh nabi …

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,941 other followers

%d bloggers like this: