HUKUM MENGUMPAT


Soalan 33 : Adakah mengumpat termasuk dosa besar kerana Allah menyatakannya sebagai sesuatu yang berat sedangkan tiada hukuman yang dikhususkan untuknya tidak sebagaimana dosa besar yang lain

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ……….Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya………

Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada disamping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati. Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

Namun begitu bukan bermakna sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai hukuman khusus bukan termasuk dalam dosa besar. Ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang merupakan agama fitrah dan juga agama nasihat bukan setakat agama yang menghukum semata-mata.Ini kerana ada sesuatu perbuatan sudah memadai dengan nasihat secara lembut dan ada yang terpaksa ditetapkan hukuman secara khusus. Ini juga sebagai memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia bukan untuk menambahkan bebanan.

Rujukan

1. al-Quran al-Karim

2. Syeikh Yusuf Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam

About these ads

10 responses to this post.

  1. baca nie.. peringatan tok dri aku n kawan2..

    Balas

  2. Posted by wan azwan on 20 Ogos 2010 at 6:49 am

    saya penat dengan orang yang suka mengumpat.

    Balas

  3. benci dgr org mengumpat..x sedar dri pn x perfect..

    Balas

  4. terima kasih peringatan ini..

    Balas

  5. Alhamdulillah terima kasih

    Balas

  6. Posted by farahnordin on 17 September 2011 at 10:56 pm

    bila tahu balasan,takut…tapi…kadang2 xsedar kita buat jgak.

    Balas

  7. Posted by Hamdan on 7 November 2011 at 1:59 am

    Ada lagi pecahan hukum mengumpat.. harap tuan kemskinikan dengan lebih detail topik ini… syukran

    Balas

  8. bercakap benda yang betul itu mengumpat dan bercakap pasal orang bnde yg tidak betul itu menfitnah…

    Balas

  9. Posted by is on 21 April 2012 at 8:25 am

    Salam… mahu pandangan.. Klu di tempat keje, mcmane kita nk nasihat teman seagama yg lebih berusia dr kita yg cakap x serupa bikin. Klu org lain buat salah, dia complain & bertindak spt dia berkuasa.. Ramai yg mengata dibelakang (termasuk yg bukan Islam), ada juga yg menyindir di depan tetapi teman kita x faham.. Apa yg harus sy lakukan sbgai teman seagama. Sy pun x mau mengata dibelakang.. Dia byk berbual kosong, tidak menjalankan tggjwb (tanpa alasan yg munasabah tidak masuk kelas). Betul2 sy rasa takut pd dosa mengumpat & tidak mahu Islam dipandang rendah krn penganutnya.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,030 other followers

%d bloggers like this: