BINATANG HALAL & HARAM


Soalan 30 :  Ada orang mengatakan haiwan dua alam tidak boleh dimakan contohnya ketam batu.  Apakah ini benar atau tidak dan jika ia, apakah nas yang mengatakannya?

Mengikut mazhab Syafie haiwan yang hidup dalam dua alam adalah haram di makan  kerana kebanyakannya adalah jijik dan kotor kerana Allah melarang memakan makanan kotor mengikut perasaan manusia secara umum sebagaimana firmanNya dalam ayat 157 surah al-A’raf  yang bermaksud : ….Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor

 Begitu juga ulama’ berpendapat bahawa kebanyakan haiwan dua alam ini beracun yang menyebabkan ia diharamkan.

Nabi pernah melarang daripada membunuh katak (salah satu contoh binatang dua alam)

Jadi ulama’ Syafie melalui hadis larangan ini mengambil hukum bahawa jika katak adalah halal maka nabi s.a.w tidak akan menegah daripada membunuhnya
 
 

Soalan 31 :  Ada pula orang mengatakan yang kita boleh makan segala jenis makanan kecuali babi kerana hanya babi sahaja yang disebut di dalam al-quran. Ini bermakna ular, katak dan sebagainya boleh dimakan. 
Sila terangkan dengan nas yang kukuh.

Memang dari segi makna zahir ayat tersebut hanya babi sahaja disebut secara jelas tetapi dalam beberapa ayat yang lain turut diterangkan bagaimana hanya makanan yang bersih sahaja yang halal dimakan manakala makanan yang jijik serta kotor diharamkan Cuma tidak diterangkan nama binatang tersebut secara jelas di dalam al-Quran.

Namun begitu di dalam beberapa hadis di mana Rasulullah s.a.w telah menamakan jenis binatang yang haram di makan

1. Rasulullah s.a.w telah melarang daripada makan daging kaldai kota pada hari peperangan Khaibar – maksud hadis riwayat imam Bukhari

· Bagi kebanyakan mazhab  kecuali mazhab imam Malik mengharamkan kaldai Kota berdasarkan hadis larangan tersebut manakala mazhab Malik menghalalkannya kerana mengikut pendapat Ibnu Abbas yang menyatakan bahawa kaldai kota hanya diharamkan disebabkan penghormatan untuk kegunaan harian tetapi jika tidak begitu diperlukan sangat maka ia tetap halal.

2. Rasulullah s.a.w telah menegah daripada memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku cengkam (untuk melukai mangsa)maksud hadis riwayat imam Bukhari
Melalui hadis ini maka ulama’ mengharamkan binatang buas yang bertaring seperti singa, harimau kerana ia memakan daging dan makanan kotor. Begitu juga burung helang, rajawali dan sejenisnya.

Ada lagi beberapa hadis yang lain yang menerangkan tentang binatang yang diharamkan memakannya tetapi dalil di atas hanya beberapa contoh yang dapat diberikan sebagai mengambil kesimpulan bahawa bukan sahaja babi yang diharamkan makan walau pun ayat al-Quran secara jelas hanya menyebut namanya sahaja yang haram dimakan. Kita perlu merujuk hadis nabi dan kitab feqah sebagai rujukan selanjutnya. Wallahu ‘alam
 
 

Soalan 32 : Mengapakah beberapa jenis binatang di mana ia sendiri diharamkan untuk memakannya tetapi telurnya dihalalkan seperti penyu

Mazhab Syafie menghalalkan beberapa jenis telur seperti telur penyu walau pun penyu haram dimakan kerana baginya semua jenis binatang selagi bernyawa adalah bersih pada asalnya dan telurnya pula bersih bukan kotor dan tidak pula beracun berlainan pula dengan biawak di mana ia sendiri pengotor serta jijik dan telurnya pula beracun. Wallahu a’lam

Rujukan :

1. Dr Wahbah Zuhaili, al-Feqh al-Islami, Juzu’ 3, darul Fikr, cet. 3 1989
2. al-Mughni Ibnu Quddamah
3. Syeikh Yusuf Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam

About these ads

6 responses to this post.

  1. Posted by appini on 23 Mac 2009 at 8:04 am

    selain hadith tentang larangan membunuh katak, ada atau tidak hadith khas tentang larangan memakan binatang dua alam?

    Balas

  2. Posted by syahril on 16 Julai 2010 at 5:23 pm

    adakah tenggiling boleh dimakan?..sbb saya ada mendengar dua pendapat…..boleh dan tidak..

    Balas

  3. Posted by Emmy on 23 Julai 2010 at 9:58 pm

    Fasal tenggiling itu kami pun kurang faham.
    Samada ianya halal atau haram..??

    Yg jelasnya masa zaman kanak2 dulu kami ada menyaksikan seorang Hindu, mencampak seekor tenggiling yg sedang bergulung, kedalam tong minyak gas berisi air yg sedang mendidih. Apabila diangkat jadi tegak keras jegang tenggiling tersebut lalu disiang2kannya. Bila kami bertanya, jawabnya masak kari makan banyak sedap tambi….

    Begitu juga tiga malam sudah masa kami bertugas RT bersama beberapa orang kita Jawa (maaf). Kebetulan semasa meronda ternampak seekor tenggiling, tetapi terus hilang dalam semak. Kata salah seorang dari mereka jika dapat tangkap buat lauk sedap ni. Sebelum itu juga ada terdengar jika ikut kitab perukunan orang kita Jawa, tenggiling itu halal, boleh dimakan (mohon maaf jika kami tersalah dengar).

    Kata seorang lagi jika dapat tangkap, jika dijual dipasaran gelap, harganya lumayan. Kerana tenggiling itu dijadikan bahan perubatan tradisi China. Tetapi jika tertangkap oleh Jabatan Perhilitan Malaysia, hukuman dendanya juga lumayan. Ketahuilah tenggiling adalah salah satu haiwan kawalan oleh Kerajaan Malaysia, kerana habitatnya hampir pupus oleh tangkapan haram. Wujudnya tenggiling itu boleh mengimbangi membiaknya makhluk perosak yaitu anai2. Sebab makanan utama bagi tenggiling adalah anai2…

    Sehubungan ini, kami juga mohonkan jawapan yg jelas dari Ustaz.
    Adakah binatang tenggiling itu “Halal” atau “Haram” dimakan..??

    Balas

  4. binatang yg mati krena dianiya2 hkumnya kan haram ya”? Tp mengapa bagi orang yg membutuhkan seprti orng2 yg tdk mampu utk membli mkanan hukumnya halal??
    Mengapa dmikian soal itu sya krang fham ek………”

    Balas

  5. kenapa babi,anjing,biawak,helang,gajahn lain-lain diharamkan untuk makan?apa sebabnya?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,030 other followers

%d bloggers like this: