Pelantikan Abu Bakar As-Siddiq Menjadi Khalifah (11 Hijrah)


 

Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rabiulawal

Pelantikan Abu Bakar As-Siddiq Menjadi Khalifah (11 Hijrah)

Baiah khas terhadap Abu Bakar As-Siddiq di Thaqifah Bani Saadah:
Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w pada bulan Rabiulawal tahun 11 Hijrah umat Islam merasakan betapa besarnya musibah yang sedang menimpa mereka. Walau bagaimanapun Sayidina Abu Bakar terus keluar dan berkata kepada umat Islam di dalam kata-katanya yang masyhur: Wahai manusia sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu tetap hidup dan tidak akan mati selama-lamanya. Seterusnya beliau membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Lalu umat Islam kembali kepada kewarasan mereka yang asal dan melihat siapakah yang bakal mengganti Nabi SAW dengan menuju ke serambi bani Saadah bagi memilih Abu Bakar as-Siddiq r.a sebagai Khalifah. Baih ini di namakan sebagai Biah Khas.

Baih am bagi pelantikan Abu Bakar As-Siddiq r.a menjadi khalifah di masjid Nabi s.a.w:
Adapun baiah umum berlaku setelah mana umat Islam berhimpun di Masjid Nabi s.a.w di Madinah. Sayidina Umar bin al-Khattab r.a bangun serta menggesa orang ramai agar melakukan baiah terhadap Abu Bakar as-Siddiq lantaran kedudukan Abu Bakar salah seorang yang paling hampir dengan Baginda s.a.w dan merupakan salah seorang pelopor atau perintis dari kalangan para sahabat. Lantaran itu umat Islam menyokong cadangan Umar tersebut dan melakukan baiah terhadap Abu Bakar selaku khalifah dan bermula dari tarikh itu jadilah Abu Bakar sebagai Khalifah bagi umat islam yang pertama.

Khutbah pertama setelah beliau dilantik menjadi khalifah:
Kemudian Sayidina Abu Bakar bangun dan menyampaikan khutbah baiah kepada umat Islam, antara yang diucapkan oleh beliau ialah: Tiada salah seorang pun dari kalangan kamu yang meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali kaum itu akan dihinakan oleh Allah, tiada salah seorang pun dari kalangan kamu yang melakukan kejahatan di dalam masyarakat melainkan mereka itu akan di timpa bala oleh Allah. Taatkanlah aku selama mana aku melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan apabila aku tidak melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya maka tiada lagi ketaatan kamu kepada aku…. Dirikanlah semua akan sembahyang semoga kamu dirahmati oleh Allah.

 

About these ads

3 responses to this post.

  1. Salam..sy sedang menigkuti pelajaran berkaitan dakwah, dan ingin sekali membaca dan mencari maklumat berkaitan khutbah umum pertama Saiyidina Abu Bakar. Khutbah Abu Bakar memang sesingkat ni..? atau ianya diambil sebahagian sahaja..?

    Balas

  2. Posted by wany on 15 Januari 2011 at 1:08 pm

    AsSAlam…maaf ya…ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelantikan Abu BAkar…sy dfahamkan bahawa saidina ali dan saad tidak mahu ber bAI’ah kepada saidina abu bakar semasa plntikn beliau…kenape ye??
    -mohon penjelasan-

    Balas

  3. salam,saya sedang belajar tentang pelantikan khalifah.baru saya tahu semua perkara tentang saidina abu bakar.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,935 other followers

%d bloggers like this: