Hukum Wanita Haid di Tanah Suci


Soalan 21 Seorang wanita telah didatangi haid semasa menunaikan umrah. Apakah yang patut di buat oleh wanita tersebut sepanjang tempoh haidnya semasa di tanah suci selain daripada berzikir dikediamannya sedangkan dia tidak boleh pergi ke masjid?. Ada yang mengatakan bahawa wanita tersebut boleh memasuki tempat sa’ie dan duduk berzikir sambil mengadap kaabah kerana tempat sa’ie tersebut adalah luar dari kawasan masjidilharam. Apakah pendapat saudara dalam hal ini? Soalan ini seringkali ditimbulkan oleh mana-mana wanita pun apabila sesuatu kursus mengenai haji. Akan tetapi pada masa sekarang perkara ini jarang berlaku kerana biasanya kalau kita di Malaysia..Jemaah haji akan dibekalkan dengan ubat yang menahan mereka dari haid. Mengenai berada di kawasan masjid adalah sama sekali dilarang bagi wanita yang didatangi haid. Wanita tersebut bolehlah berzikir (zikir biasa bukan bacaan Al-Quran) dan talbiah di luar kawasan Masjidil Haram tersebut. Bagi pendapat ana bersangkutan dengan kawasan sai’e yang mana tempat ini pada sebelum proses pembesaran Masjidil Haram adalah di luar daripada kawasan masjid. Tetapi pada masa sekarang di mana tempat sa’ie pun telah menjadi sebahagian daripada masjid. Jadi hukumnya adalah sebagaimana hukum masjid yang mana dilarang sama sekali wanita yang didatangi haid untuk berada di kawasan ini. Jika ia dikira bukan berada dalam kawasan masjid maka kelebihan solat sebagaimana yang dimaksudkan oleh Rasulllah S.A.W tidak akan tercapai oleh mereka yang solat di kawasan ini. Kemungkinan besar mereka yang mengatakan ia dibolehkan kerana dikira dari segi sai’e sendiri yang mana diharuskan melakukannya walau pun dalam keadaan berhadas besar dalam semua mazhab.Oleh itu mereka berpendapat bahawa untuk berzikir dan talbiah pun diharuskan kerana kawasan ini berada di luar kawasan masjidil haram. Jika berada dalam kawasan masjid mengapa pula sai’e boleh dilakukan oleh mereka yang berhadas besar?. Untuk mengetahui jawapan yang lebih tepat mengenai perkara ini agak rumit sedikit kerana masing-masing mempunyai hujah. Wallahu a’lam Soalan 22 Apakah pendapat saudara tentang seorang wanita yang pergi menunaikan umrah tanpa ditemani oleh muhrimnya yakni hanya bermuhrimkan dua/tiga orang wanita yang warak?. Sebenarnya untuk perkara ini memerlukan Ruangan yang menceritakan tentang Safar Mar ah (wanita bermusafir). Akan tetapi sebagai ringkasnya, di sini ana menjelaskan bahawa di dalam mazhab Syafi’e menyebut bahawa wanita hanya dibenarkan untuk bermusafir tanpa muhrimnya untuk menunaikan haji fardhu. Manakala perkara-perkara sunat adalah dilarang termasuklah haji atau umrah sunat. Syarat 2/3 wanita itu adalah dipercayai dari segi agama dan akhlak walau pun mereka juga pergi menunaikan haji tanpa ditemani oleh muhrim masing-masing. Syarat ini juga mestilah diikuti dengan keselamatan dalam perjalanan serta jauh daripada sebarang fitnah. Jika seseorang perempuan itu mampu untuk membiayai muhrimnya untuk menemaninya dalam menunaikan ibadat haji maka dia hendaklah berbuat demikian.Waallahu a’lam Soalan 23 Sekarang ini terdapat banyak pakej umrah yang membolehkan para jemaah membuat bayaran ansuran bagi perbelanjaan umrahnya dan bayaran ini boleh dibereskan setelah balik semula ke Malaysia nanti. Apakah pandangan saudara dalam persoalan ini? Terima kasih atas soalan yang menarik ini.. Sememangnya diakui apa yang disebut oleh saudari adalah benar. Hal ini telah kami jelaskan di dalam ruangan persoalan anda iaitu persoalan mengenai adakah boleh pergi menunaikan haji dengan berhutang. Di sini ana ingin jelaskan sekali lagi perkara ini di mana pergi menunaikan umrah dengan berhutang dibolehkan dengan syarat orang yang ingin menunaikan umrah itu mampu menjelaskan hutangnya itu sebaik sahaja pulang dari menunaikan umrah. Tetapi perlu diingat dan diambil perhatian yang mana riba perlu dijauhi sama sekali.Jangan sekali-kali membayar dengan bayaran yang lebih dari apa yang dihutang. Waallahu a’lam

About these ads

One response to this post.

  1. Posted by hijrah on 7 Januari 2012 at 10:53 pm

    suke la blog ni,n the best ada khutbah~~

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,354 other followers

%d bloggers like this: