TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT


 

 

      Setelah kita membicarakan tentang tanggungjawab 2 golongan utama dalam memastikan kemajuan dan kejayaan sesebuah negara iaitu pemimpin dan ulama’ maka kali ini akan dikupaskan serba sedikit mengenai peranan atau tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap individu dalam negara ke arah mengorak langkah bersama demi mencapai kegemilangan negara. Tanggungjawab ini merupakan beban yang mesti dipikul bersama mengikut kemampuan masing-masing. Tanggungjawab para ulama’ dan cendiakawan lebih besar berbanding orang awam yang lain, tanggungjawab mereka yang berkuasa lebih berat berbanding rakyat biasa, tanggungjawab orang kaya lebih sedikit berbanding orang papa, tanggungjawab orang kuat lebih sedikit berbanding orang lemah. Yang pasti ialah setiap masing-masing mempunyai tanggungjawab yang mesti ditunaikan mengikut keupayaan dan kuasa yang ada pada mereka. Ini dapat difahami melalui sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Kalian semua merupakan pengembala dan kalian semua akan dipertanggungjawabkan mengenai pengembalaannya itu.        Islam tidak menggariskan pengkelasan khusus dalam sesebuah masyarakat dengan menamakan orang-orang agama yang akan dipertanggungjawabkan tentang agama tetapi sebaliknya Islam meletakkan tanggungjawab ini ke atas setiap bahu individu muslim. Tugas dalam melaksanakan amanah Allah dan mengegakkan syariatnya di muka bumi ini adalah tanggungjawab bersama bukannya dikhususkan kepada golongan pemimpin dan ulama’ sahaja. Begitu juga dengan tugas untuk menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran di mana ia merupakan tugas setiap orang mengikut kemampuan yang ada. Kita dapat mengambil iktibar daripada kisah bagaimana ketika nabi Ibrahim sedang dibakar dalam unggun api yang besar oleh Raja Namrud maka datanglah burung yang kecil yang membawa air di dalam mulutnya bertujuan untuk memadamkan api bagi menyelamatkan nabi Ibrahim. Jika kita fikirkan bagaimana air yang sedikit yang dibawa oleh burung yang kecil itu mampu memadamkan api yang besar. Tetapi apa yang penting ialah usaha burung kecil itu dengan kemampuan yang ada bukannya mementingkan hasil yang  dicapai kerana Allah akan bertanya tentang usaha yang telah kita curahkan untuk Islam bukannya disoal apa hasil atau kejayaan yang telah dicapai.Firman Allah dalam ayat 71 surah at-Taubah yang bermaksud : Orang yang beriman samada lelaki mahupun perempuan, satu sama lain menjadi wali bagi yang lain. Mengajak orang melakukan kebaikan dan mencegah orang daripada berbuat kemungkaran. Mereka mendirikan solat, menunaikan zakat dan patuh kepada Allah dan rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

        Kita sebagaimana salah seorang yang hidup bermasyarakat mestilah mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita kerana nabi pernah memberi amaran dalam suatu hadis yang bermaksud : Buka daripada golongan kami mereka yang tidak menghirau urusan umat Islam yang lain. Janganlah kita mengamalkan sikap bermudah terutama dalam perkara pemerintahan dan kepimpinan dengan alasan bahawa siapa pun yang memerintah bukan menjadi masalah asalkan aku boleh hidup dan beribadat. Slogan hidup beginilah yang menyebabkan umat Islam terus mundur dan terjajah oleh sistem penjajah dan kufur. Kita sebagai rakyat janganlah meninggalkan urusan dunia dan agama kepada pemimpin sahaja tanpa memberi bantuan dan teguran di atas apa yang dilaksanakan. Kita juga jangan biarkan urusan ini hanya dipikul oleh ulama’ tanpa ada di sana sokongan yang padu untuk kemajuan umat Islam. Jangan pula kita letakkan ulama’ di tempat yang hina dan memenjarakan mereka sehingga Islam tidak mampu difahami secara keseluruhannya. Janganlah kita hanya mahu ulama’ hanya berhak mengajar bab bersuci, solat, puasa dan haji sahaja sedangkan apabila ulama’ mengajar bab ekonomi Islam, perundangan Islam, politik Islam maka kita menggelarkan mereka sebagai ulama’ politik yang mencampur adukkan antara dunia dan agama. Sikap kita yang meletakkan Islam pada suatu lembah dan politik, pemerintahan, ekonomi Islam pada suatu lembah yang lain menyebabkan umat Islam terus ketinggalan kerana terpaksa menjadi hamba kepada sistem kuffar yang sudah tentu akan sentiasa menggunakan kepintaran mereka untuk terus menindas umat Islam.

        Pernah suatu hari seorang pendengar menegur gurunya setelah selesai memberikan ceramahnya dengan katanya : ” Saya telah mendengar dan mengikuti ceramah yang ustaz sampaikan selama tiga puluh tahun lalu apakah yang telah ustaz lakukan dalam merealisasikannya?”. Gurunya menjawab dengan penuh bijaksana sehingga muridnya itu terdiam : ” Jika telah tiga puluh tahun engkau mendengar ceramahku lalu sudah sejauh manakah engkau sendiri melaksanakannya?”.

        Jawapan ini memang tepat kerana baik dai segi penceramah mahu pun pendengarnya di mana setiap masing-masing mempunyai tanggungjawab yang sama dalam merealisasi dan menterjemahkan kata-kata itu dalam kehidupan seharian walau pun keadaan tanggungjawab itu berbeza mengikut kemampuan yang ada.
 

 

 


Rujukan :
1. Prof. Dr YUsuf al-Qardhawi, Di mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa Kini, terj. Muhammad Baihaqi, Al-Hidayah Publisher KL, 1998

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,932 other followers

%d bloggers like this: