FAKTOR KAFIR MENGKAFIR


 

 

      Kali ini kita cuba mengorek tentang fenomena kafir mengkafir yang dihidupkan kembali oleh setengah golongan terutama yang pro Parti pemerintah disebabkan sokongan terhadap mereka semakin menurun dan meruncingkan di mana keadaan ini akan merbahaya kepada jawatan yang dijawati dan harta kemewahan yang dimiliki. Penulisan di bawah ini bukanlah menjawab tentang isu yang berlaku di negara ini secara langsung tetapi ia berdasarkan kepada penulisan dan pendapat Dr Yusuf al-Qardhawi mengenai perkara ini setelah diminta untuk berbuat demikian berasaskan kepada fenomena yang berlaku di Mesir dan Yaman Utara. Penulisan melalui kitabnya yang bertajuk Zahirah al-Ghuluw fi al-Takfir di mana tulisan ini bukan dipetik melalui kitab asalnya tetapi melalui petikan kepada terjemahan oleh Abu Anas dalam risalah yang bertajuk Gejala Kafir Mengkafir : Punca dan Penyelesaian.Pendapat Yusuf al-Qardhawi dalam masalah ini        Penulisannya berbunyi : Pertamanya patutlah saya jelaskan di sini bahawa fenomena di dalam menghukum kufur ini berhajatkan kepada suatu kajian terhadap sebab dan faktornya sehingga terhasil keputusan yang terbaik dalam menangani masalah ini dengan sejelasnya.

        Peringatan kepada golongan pemerintah yang asyik berfikir cara untuk menangani masalah ini dengan menggunakan cara yang kejam seperti mengugut, melakukan penangkapan beramai-ramai dan pelbagai lagi cara yang zalim maka sikap golongan ini tanpa sebarang keraguan merupakan perbuatan yang amat salah berdasarkan 2 faktor :

1. Fikrah mestilah didebat dengan fikrah juga. Menggunakan kekerasan untuk membanteraskan idea ini, jangan diharapkan ianya semakin reda malahan ianya terkadang semakin merebak. Penyokong juga akan terus bersikap sebagaimana pemimpin mereka. Oleh itu wajiblah diperbaiki golongan tersebut dengan diberi faham dan keterangan yang secukupnya disamping hujah perlu ditegakkan dan kekeliruan mesti disingkirkan.

2. Golongan yag mengkufurkan oang lain ini kebanyakan mereka terdiri daripada orang yang menghayati syariat Islam dengan ikhlas. Hanya yang mengharukan perasaan mereka ini ialah setelah mereka melihat kerosakan yang berlaku di dalam masyarakat seperti munculnya fikrah yang membawa kepada murtad, keruntuhan akhlak masyarakatnya dan politik yang korupsi.
        Sebenarnya golongan ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat amnya meskipun mereka ini ada juga yang tersilap langkah dan tersilap jalan. Di atas hasrat mereka yang murni ini sepatutnya kita memberikan penghargaan. Usahlah kita menganggap golongan ini bagaikan seekor haiwan buas yang ingin memporak-peranda dan menghancurkan masyarakat.
 

Faktor yang menimbulkan masalah kafir mengkafir

        Pengkaji yang mengikuti sebab-sebab kepada timbulnya fenomena ini akan mendapatinya di dalam beberapa faktor berikut ini yang boleh dijadikan contoh :

1. Tersebarnya kekufuran dan murtad di dalam masyarakat kita secara terangan. Golongan ini sudahlah mereka melakukan kemungkaran dengan sekehendak hati selepas itu mereka berbangga dengan segala maksiat dan kebatilan yang telah mereka lakukan. Mereka mengeksploitasikan media massa dan pelbagai alat sebaran untuk menggembar-gemburkan kesesatan mereka itu kepada umat Islam. Tidak ada pula siapa yang melarang atau menghalang kesesatan dan kezaliman golongan ini.

2. Terdapat sebahagian daripada ulama’ Islam yang bukan sahaja mengabaikan tugas mereka terhadap golongan yang benar-benar kufur malah mereka masih menyatakan bahawa golongan yang telah kufur tadi termasuk dalam golongan orang Islam juga sedangkan mereka telah jauh terpesong daripada Islam.

3. Ahli fikir dan ilmuan Islam dan para pendakwah yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah ditindas. Bukan sekadar aktiviti dakwah mereka disekat malah keselamatan diri mereka turut terancam.Penindasan dan tekanan yang dilakukan ke atas golongan ahli fikir dan ilmuwan ini boleh menimbulkan pula gerakan sulit seperti gerakan bawah tanah di mana gerakan seumpama ini sudah tentu jauh daripada sebarang pedoman dan perbincangan yang terbuka.

4. Belia-belia yang cintakan Islam di mana mereka sudahlah cetek dalam memahami  hukum-hakam feqah dan usul feqah, ilmu pengetahuan Islam dan bahasa Arab pun mereka tidak mendalaminya. Inilah antara faktor yang menyebabkan mereka itu bertindak umpamanya dalam mengambil beberapa potong ayat al-Quran dan hadis yang lain dari itu mereka tinggal atau beramal dengan ayat yang masih samar-samar sedangkan ayat yang jelas lagi tepat mereka lupakan atau mereka berpegang di sudut-sudut sampingan sahaja sedangkan soal pokok mereka cuai dan abaikan.

Cara menangani masalah ini

        Selain daripada ilmu yang disebutkan tadi, banyak lagi ilmu lain yang mesti diketahui oleh setiap mereka yang hendak mengeluarkan fatwa di atas hukum yang sangat merbahaya ini. Apatah lagi terhadap mereka yang hanya memahami beberapa keratan ayat suci al-Quran atau beberapa potong daripada hadis sudah tentu tidak layak bagi mereka mengeluarkan fatwa tentang perkara yang tinggi risikonya ini.

        Keikhlasan sahaja belum mencukupi seandainya tidak bersandarkan kepada kefahaman yang mendalam terhadap syariat dan hukum hakam Allah. Si ikhlas tanpa kefahaman yang mendalam akan terjerumus ke jurang kesalahan sebagaimana terjerumusnya puak Khawarij di zaman silam….sebagaiman yang ditegaskan oleh imam Ahmad Hanbal ” Di samping waspadanya kaum Khawarij terhadap amal ibadatnya, itu pun tersalah juga amalan mereka”.

        Di atas faktor inilah ulama’ salaf seringkali berwasiat tentang kemestian menuntut ilmu untuk beribadat dan berjihad. Masakan terpesong daripada jalan Allah seorang yang alim itu tanpa disedarinya.
        Hasan al-Basri berkata : “Orang yang beribadat tanpa berilmu bagaikan orang yang berjalan tanpa pedoman. Lagi pun orang yang beribadat dengan tidak berilmu maka setiap amal ibadat yang dilakukannya banyak yang salah daripada yang betul. Oleh itu tuntutlah ilmu pengetahuan di samping beribadat supaya amal ibadat tidak akan rosak”.

        Beramal ibadat disamping berilmu masakan memberi mudharat atau kerosakan. Sesungguhnya di zaman silam pernah suatu kaum yang terdiri daripada umat Islam sanggup memerangi umat Muhammad s.a.w. Inilah akibatnya yang menimpa golongan yang asyik beribadat tanpa berilmu. Andaikata mereka berilmu masakan berlaku sebagaimana yang telah mereka lakukan itu.

Kesimpulan

        Kesimpulan yang dapat diambil daripada pendapat dan jawapan yang diberikan oleh Dr Yusuf Qardhawi tadi dapatlah memberi ruang kepada kita untuk mengkaji samada faktor yang disebut adalah sama dengan apa yang berlaku di negara kita atau pun tidak. Setelah isu amanat Tuan Guru Hj Abdul Hadi dibangkit semula tetapi ianya dibahas melalui sebaran umum melalui pendapat yang berat sebelah dan menggelirukan. Sepatutnya isu yang besar ini hendaklah dibincang secara ilmiah oleh para ulama’ di mana kesimpulan dan hasil daripada perbincangan ini barulah diutarakan kepada masyarakat awam. Adakah tujuan amanat ini untuk mengkafirkan orang UMNO atau pun memberi semangat kepada pejuang gerakan Islam dalam berjuang untuk meninggikan kalimah Allah walau pun terpaksa berkorban nyawa disamping mengingatkan orang ramai tentang garis pemisah antara Islam dan kufur yang jelas diterangkan 10 perkara ini di dalam Mustika Hadis yang dikeluarkan oleh Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Kita juga hendaklah mengkaji masa dan waktu dikeluarkan kenyataan ini kerana berdasarkan kepada apa yang berlaku sebenarnya pemimpin UMNO pada masa itu begitu lantang menghina Islam disamping ramai rakyat yang terpengaruh dengan ideologi sekularisme yang memisahkan antara politik dan Islam di mana ideologi ini sebagaimana yang disifatkan oleh Mufti terakhir Khilafah Uthmaniah Turki sebagai jalan pintas ke arah kemurtadan. Jika pejuang gerakan Islam berlembut pada masa itu serta tidak bangkit menerangkan mengenai garisan antara Islam dan kufur maka kemungkinan sekarang ini kefahaman tentang bahaya sekularisme dan pentingnya tertegaknya khilafah Islamiah masih kabur dan negara ini telah menjadi Turki yang kedua. Amanat ini juga dikeluarkan bagi menanam semangat juang terutama apabila ramai ulama’  yang ditangkap dan terbunuh dalamm menerangkan Islam yang sebenar. Tiada kes yang menunjukkan bahawa disebabkan ucapan ini yang dinamakan amanat oleh setengah golongan menyebabkan ramai orang dibunuh dan negara huru hara tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ideologi sekularisme lah yang merupakan asas keruntuhan moral dan sikap pemimpin dan juga pemusnah kepada perpaduan. Umat Islam semakin jauh dari Islam dan ramai juga yang murtad disebabkan sekularisme yang membenarkannya. Semangat kebangsaan yang dicanangkan lebih banyak mewujudkan jurang pemisah antara kaum yang ada dalam negara. Oleh itu dalam mencari punca perpecahan bukanlah bijak menuduh bahawa ucapan yang dikeluarkan 20 tahun dahulu sebagai puncanya sedangkan kelakuan dan kezaliman sistem sekularisme dan sikap pemimpin yang rakus cuba disembunyikan daripada menjadi asas utama kepada perpecahan.

 

 


Petikan
1. Dr Yusuf al-Qardhawi, Gejala Kafir Mengkafir : Punca dan Penyelesaian, terjemahan Abu Anas, Dwan Pustaka Fajar KL,1998

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,033 other followers

%d bloggers like this: